Ahad, 25 Oktober 2009
LAWATAN BERKELOMPOK KE SMK KUALA BESUT
Khamis ,22 Okt 2009. Satu lawatan pemantauan berkelompok oleh seramai 16 orang pegawai JPNT diketuai Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah ke SMK Kuala Besut, Besut. Pemantauan biasa yang telah dilaksanakan bagi membimbing dan membantu sekolah supaya bergerak proaktif bagi memacu kecemerlangan pendidikan Terengganu. Hal ini selaras dengan hasrat KPM merealisasikan Modal Insan Minda Kelas Pertama. Harapan kami semoga SMK Kuala Besut akan dapat mengubah minda masyarakat sekitar dan menjadikan SMK Kuala Besut mampu setanding dengan sekolah-sekolah lain.
Isnin, 12 Oktober 2009
MESYUARAT PENGURUSAN T6
Selasa, 6 Oktober 2009
PMR BERMULA
Seramai 475182 calon menduduki PMR hari ini diharapkan dapat menjawab soalan dengan sempurna untuk mencipta kecemerlangan peribadi. Selamat menduduki PMR 2009.
Ahad, 4 Oktober 2009
TIPS MENJAWAB B. MELAYU PMR
PANDUAN MENULIS RINGKASAN YANG BAIK
1. PATUHI ARAHAN SOALAN TENTANG ISI DAN JUMLAH PERKATAAN
2. FAHAMI TUGASAN SOALAN
3. KEMUKAKAN ISI BERDASARKAN TUGASAN SOALAN
4. ISI-ISI PENTING DICANTUM MENGGUNAKAN KATA HUBUNG DAN
PENANDA WACANA UNTUK MEMBINA SATU RINGKASAN YANG UTUH
5. TULIS DALAM SATU PERENGGAN SAHAJA
6. JANGAN BUAT PENDAHULUAN DAN PENUTUP
7. TIDAK BOLEH MASUKKAN PENDAPAT SENDIRI.
8. TIDAK BOLEH MENYALIN AYAT DEMI AYAT BULAT-BULAT.
9. KEMUKAKAN 7 ATAU 8 ISI
10. JANGAN MASUKKAN CONTOH
11. BINA AYAT YANG GRAMATIS
12. TULIS JUMLAH PERKATAAN PADA BAHAGIAN BAWAH SEBELAH
KANAN RINGKASAN ANDA
CADANGAN MENULIS RINGKASAN
Ayat 1 - Antara langkah/punca/ sebab/ faktor/ masalah/ kesan (kehendak soalan) termasuklah ……(I1)………. dan ………(I2)…………….
Ayat 2 - Selain itu, ………(I3)………. dan ………..(I4) juga merupakan langkah/punca/ sebab/ faktor/ masalah/ kesan (kehendak soalan)
Ayat 3 - Sementara langkah/punca/ sebab/ faktor/ masalah/ kesan lain (kehendak soalan) ialah …………(I5)……….dan …………….(I6)……………..
Ayat 4 - Seterusnya, ………(I7)…… dan …….. (I8) turut menjadi langkah/punca/ sebab/ faktor/ masalah/ kesan (kehendak soalan).
PANDUAN MENULIS KARANGAN BAHAGIAN B
1. Umumnya karangan bahagian B boleh ditanya dalam dua bentuk iaitu:
1.1 Bentuk Umum
- Kebanyakan soalan bertanyakan pendapat secara umum dan calon
sewajarnya menjawab tentang faedah/ manfaaat/ kepentingan.
1.2 Bentuk Berfokus
- Kebiasaannya soalan berfokus kepada sesuatu isu dengan isi-isi
telah disediakan. Calon sewajarnya menjawab berdasarkan isi-isi
yang telah dikemukakan itu.
2. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah kata dengan
mencakupi Pendahuluan, Isi-isi dan Penutup.
3. Sebaik-baiknya tiga perenggan dan jangan melebihi lima perenggan.
4. Memandangkan karangan bahagian B ini cuma 120 patah kata,
calon hendaklah menulis huraian ayat yang jelas dan tepat dengan
fakta yang padat dan tidak meleret-leret.
5. Masukkan juga kata atau frasa menarik untuk menjadikan karangan calon matang.

Sabtu, 3 Oktober 2009
DOA UNTUK SEMUA PELAJAR PMR
Selamat menduduki Peperiksaan PMR mulai 7 Oktober 2009. Saya mengambil kesempatan ini berdoa agar semua pelajar PMR 2009 Terengganu dapat menduduki PMR dengan tenang, yakin dan sentiasa sihat sepanjang PMR. Tidak ketinggalan juga TERIMA KASIH dan SYABAS kepada semua Pengurusan Sekolah dan Semua Guru yang telah sekian lama memerah keringat siang dan malam membimbing dan mendidik anak bangsa tercinta. Hanya ALLAH jua yang memberikan ganjaran setimpal nanti. Insya-Allah. Wassalam.
Pesanan saya kepada semua pelajar PMR banyakkanlah bermunajat kepada Allah s.w.t semoga kita senantiasa mendapat pertolongan-Nya.

Langgan:
Catatan (Atom)