Ahad, 16 September 2012

PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN KE SBP TAHUN 2013


Permohonan ke SBP Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan (4) Secara Online dibuka mulai 15 September 2012 hingga 30 Oktober 2012.  Semua murid yang berminat untuk memohon bolehlah melayari laman berikut:


http://parents.sekolahmalaysia.com/

Selasa, 7 Februari 2012

UJIAN PERMATApintar UKM1 TAHUN 2012

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Negeri Terengganu.

Untuk makluman dan tindakan semua sekolah menengah dan sekolah rendah  UJIAN PERMATApintar UKM1  Tahun 2012,  boleh diambil dalam tempoh 3 bulan bermula 1 Feb 2012 dan berakhir 30 April 2012. Ujian ini terbuka kepada semua murid yang berumur tujuh (7) tahun hingga 15 tahun dan murid tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mengambil ujian ini. Tiada sekatan atau birokrasi untuk murid mengambil ujian sama ada di rumah, di sekolah atau di mana-mana sahaja.

Ujian UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web ukm1.permatapintar.edu.my. Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal. Ia dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian saringan pertama PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 
(Sumber daripada: Portal Rasmi PERMATApintar Negara)

Selasa, 24 Januari 2012

PENDAFTARAN UJIAN PERMATApintar 2012

Kepada semua guru sekolah, jika anda ingin mendaftarkan pelajar-pelajar sekolah anda secara berkelompok anda bolehlah menggunakan salah satu dari fail XLS atau XLSX dibawah sebagai standard format yang diperlukan.
Muat turun fail:
1. Profil Pelajar (Excel 97-2003). Format fail XLS
2. Profil Pelajar (Excel terkini). Format fail XLSX

Setelah anda memasukkan semua maklumat yang diperlukan sila email ke permatapintar@ukm.my dan salinan (cc) kepada sitifatimahmy@gmail.com dengan tajuk email (subject) Pendaftaran Ujian UKM1 2012. Maklumat ibu bapa / penjaga diperlukan bukan untuk tujuan pemilihan, tetapi untuk mengetahui Sosial Ekonomi Status (SES) keluarga pelajar dan melicinkan urusan komunikasi dengan keluarga pelajar
Untuk mendaftarkan pelajar baru secara persendirian atau mengemaskini maklumat pelajar sila layari Laman Pelajar PERMATApintar.

Ujian PERMATApintar UKM1 akan bermula pada bulan Februari 2012. Sila datang lagi.
( Sumber daripada: http://www.permatapintar.edu.my/)

Selasa, 10 Januari 2012

PENDAFTARAN KEMASUKAN KE SM ELIT (MAK LAGAM & LEMBAH BIDONG)

Pendaftaran bagi tawaran kemasukan tingkatan empat (4) dan pendaftaran bagi tawaran ke-2 (calon rayuan) akan diadakan seperti yang berikut.

Tarikh Pendaftaran       :  15 Januari 2012 (Ahad)
Masa                             :  08.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat                          :  Di sekolah yang ditawarkan

Selamat mendaftar dan tahniah kepada mereka yang berjaya.

Rabu, 16 November 2011

UPSR 2011 - TERENGGANU TERUS UNGGUL

KUALA TERENGANU - Pencapaian 15.6 % meningkat sebanyak 0.2% berbanding tahun 2010 menjadikan Terengganu kekal sebagai juara UPSR untuk tahun ke-11.  Begitu juga dengan pencapaian Minimun C telah meningkat kepada 71.1% berbanding 66.8%. Keputusan UPSR  tahun 2011 bagi negeri Terengganu telah diumumkan oleh Encik Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di Bilik Mesyuarat Alamanda, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pagi ini.

Pengarah merakamkan rasa bersyukur dengan pencapaian berkenaan dan semua pihak yang memberikan sokongan ke arah kecemerlangan itu. Sebanyak 63 buah sekolah telah mencapai kejayaan cemerlang. Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu Tok Dor, Besut  memperoleh pencapaian tertinggi peratus 5A iaitu sebanyak 66.67 %. Sementara pencapaian tertinggi Gred Purata Sekolah (GPS) ialah SK Dusun, Hulu Terengganu iaitu 1.23. Besut merupakan daerah terbaik dengan pencapaian 23.9%.

Isnin, 31 Oktober 2011

MESYUARAT TRANSFORMASI PENGURUSAN SEKOLAH ELIT DAN PREMIER TERENGGANU 2011

Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Transformasi Pengurusan Sekolah Elit dan Premier  Negeri Terengganu 2011.  Mesyuarat telah diadakan di Hotel Grand Continiental, Kuantan, Pahang mulai 31 Oktober 2011 hingga 1 November 2011. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPNT.  Ahli mesyuarat terdiri daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM dan Penyelaras Elit dan Premier. Antara objektif utama mesyuarat ini termasuklah Melestarikan Pendidikan Terengganu Terbilang melalui pemahaman yang jelas tentang hala tuju elit dan premier negeri Terengganu.  Di samping itu peserta mesyuarat juga didedahkan dengan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang dilaksanakan di sekolah IMTIAZ dan Sekolah Berasrama Penuh(SBP).  Pengetua IMTIAZ Besut, Ustaz Abdul Wahab dan pengetua SBPI Batu Rakit, Puan Hajah Hamidah telah menyampaikan taklimat tersebut. Hasil mesyuarat KLIK DI SINI.

Khamis, 27 Oktober 2011

MESYUARAT PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PUSAT PERMATApintar NEGRARA UKM -JHU-CTY 2011

Mesyuarat tersebut diadakan pada 28 Oktober 2011 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Pusat PERMATApintar UKM bermula  pukul 9.00 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr Arif (PERMATApintar) yang dihadiri oleh pegawai daripada Pusat PERMATApintar, Cik Azizatul daripada BPSH, KPM serta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri seluruh negara. Antara agenda yang dibincangkan termasuklah:
1.     Aluan Pengerusi
2.     Senarai Peserta Perkhemahan
3.     Pengangkutan Peserta
4.     Proses Penghantaran dan Pengambilan Peserta
5.     Guru Pengiring
6.     Guru yang Terlibat Dengan PCS
7.     Hal-hal Lain
Berikut merupakan keputusan mesyuarat.  SILA KLIK DI SINI.