PANDUAN MENULIS RINGKASAN YANG BAIK
1. PATUHI ARAHAN SOALAN TENTANG ISI DAN JUMLAH PERKATAAN
2. FAHAMI TUGASAN SOALAN
3. KEMUKAKAN ISI BERDASARKAN TUGASAN SOALAN
4. ISI-ISI PENTING DICANTUM MENGGUNAKAN KATA HUBUNG DAN
PENANDA WACANA UNTUK MEMBINA SATU RINGKASAN YANG UTUH
5. TULIS DALAM SATU PERENGGAN SAHAJA
6. JANGAN BUAT PENDAHULUAN DAN PENUTUP
7. TIDAK BOLEH MASUKKAN PENDAPAT SENDIRI.
8. TIDAK BOLEH MENYALIN AYAT DEMI AYAT BULAT-BULAT.
9. KEMUKAKAN 7 ATAU 8 ISI
10. JANGAN MASUKKAN CONTOH
11. BINA AYAT YANG GRAMATIS
12. TULIS JUMLAH PERKATAAN PADA BAHAGIAN BAWAH SEBELAH
KANAN RINGKASAN ANDA
CADANGAN MENULIS RINGKASAN
Ayat 1 - Antara langkah/punca/ sebab/ faktor/ masalah/ kesan (kehendak soalan) termasuklah ……(I1)………. dan ………(I2)…………….
Ayat 2 - Selain itu, ………(I3)………. dan ………..(I4) juga merupakan langkah/punca/ sebab/ faktor/ masalah/ kesan (kehendak soalan)
Ayat 3 - Sementara langkah/punca/ sebab/ faktor/ masalah/ kesan lain (kehendak soalan) ialah …………(I5)……….dan …………….(I6)……………..
Ayat 4 - Seterusnya, ………(I7)…… dan …….. (I8) turut menjadi langkah/punca/ sebab/ faktor/ masalah/ kesan (kehendak soalan).
PANDUAN MENULIS KARANGAN BAHAGIAN B
1. Umumnya karangan bahagian B boleh ditanya dalam dua bentuk iaitu:
1.1 Bentuk Umum
- Kebanyakan soalan bertanyakan pendapat secara umum dan calon
sewajarnya menjawab tentang faedah/ manfaaat/ kepentingan.
1.2 Bentuk Berfokus
- Kebiasaannya soalan berfokus kepada sesuatu isu dengan isi-isi
telah disediakan. Calon sewajarnya menjawab berdasarkan isi-isi
yang telah dikemukakan itu.
2. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah kata dengan
mencakupi Pendahuluan, Isi-isi dan Penutup.
3. Sebaik-baiknya tiga perenggan dan jangan melebihi lima perenggan.
4. Memandangkan karangan bahagian B ini cuma 120 patah kata,
calon hendaklah menulis huraian ayat yang jelas dan tepat dengan
fakta yang padat dan tidak meleret-leret.
5. Masukkan juga kata atau frasa menarik untuk menjadikan karangan calon matang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan