Ahad, 25 Oktober 2009

LAWATAN BERKELOMPOK KE SMK KUALA BESUT

Khamis ,22 Okt 2009. Satu lawatan pemantauan berkelompok oleh seramai 16 orang pegawai JPNT diketuai Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah ke SMK Kuala Besut, Besut. Pemantauan biasa yang telah dilaksanakan bagi membimbing dan membantu sekolah supaya bergerak proaktif bagi memacu kecemerlangan pendidikan Terengganu. Hal ini selaras dengan hasrat KPM merealisasikan Modal Insan Minda Kelas Pertama. Harapan kami semoga SMK Kuala Besut akan dapat mengubah minda masyarakat sekitar dan menjadikan SMK Kuala Besut mampu setanding dengan sekolah-sekolah lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan