Isnin, 31 Oktober 2011

MESYUARAT TRANSFORMASI PENGURUSAN SEKOLAH ELIT DAN PREMIER TERENGGANU 2011

Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Transformasi Pengurusan Sekolah Elit dan Premier  Negeri Terengganu 2011.  Mesyuarat telah diadakan di Hotel Grand Continiental, Kuantan, Pahang mulai 31 Oktober 2011 hingga 1 November 2011. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPNT.  Ahli mesyuarat terdiri daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM dan Penyelaras Elit dan Premier. Antara objektif utama mesyuarat ini termasuklah Melestarikan Pendidikan Terengganu Terbilang melalui pemahaman yang jelas tentang hala tuju elit dan premier negeri Terengganu.  Di samping itu peserta mesyuarat juga didedahkan dengan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang dilaksanakan di sekolah IMTIAZ dan Sekolah Berasrama Penuh(SBP).  Pengetua IMTIAZ Besut, Ustaz Abdul Wahab dan pengetua SBPI Batu Rakit, Puan Hajah Hamidah telah menyampaikan taklimat tersebut. Hasil mesyuarat KLIK DI SINI.

Khamis, 27 Oktober 2011

MESYUARAT PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PUSAT PERMATApintar NEGRARA UKM -JHU-CTY 2011

Mesyuarat tersebut diadakan pada 28 Oktober 2011 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Pusat PERMATApintar UKM bermula  pukul 9.00 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr Arif (PERMATApintar) yang dihadiri oleh pegawai daripada Pusat PERMATApintar, Cik Azizatul daripada BPSH, KPM serta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri seluruh negara. Antara agenda yang dibincangkan termasuklah:
1.     Aluan Pengerusi
2.     Senarai Peserta Perkhemahan
3.     Pengangkutan Peserta
4.     Proses Penghantaran dan Pengambilan Peserta
5.     Guru Pengiring
6.     Guru yang Terlibat Dengan PCS
7.     Hal-hal Lain
Berikut merupakan keputusan mesyuarat.  SILA KLIK DI SINI.

Selasa, 18 Oktober 2011

MESYUARAT PENYELARASAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) BIL 2/2011

Mesyuarat diadakan pada 19 Oktober 2011 (Rabu)di Bilik Mesyuarat Kesidang, Aras 3, BPSBPSK, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua pegawai menengah dan rendah seluruh Malaysia yang dipengerusikan oleh Tn Haji Rosland, Pengarah BPSBPSK, KPM. Minit Curai KLIK SINI