Isnin, 31 Oktober 2011
MESYUARAT TRANSFORMASI PENGURUSAN SEKOLAH ELIT DAN PREMIER TERENGGANU 2011
Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Transformasi Pengurusan Sekolah Elit dan Premier Negeri Terengganu 2011. Mesyuarat telah diadakan di Hotel Grand Continiental, Kuantan, Pahang mulai 31 Oktober 2011 hingga 1 November 2011. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Zakariah bin Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPNT. Ahli mesyuarat terdiri daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM dan Penyelaras Elit dan Premier. Antara objektif utama mesyuarat ini termasuklah Melestarikan Pendidikan Terengganu Terbilang melalui pemahaman yang jelas tentang hala tuju elit dan premier negeri Terengganu. Di samping itu peserta mesyuarat juga didedahkan dengan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang dilaksanakan di sekolah IMTIAZ dan Sekolah Berasrama Penuh(SBP). Pengetua IMTIAZ Besut, Ustaz Abdul Wahab dan pengetua SBPI Batu Rakit, Puan Hajah Hamidah telah menyampaikan taklimat tersebut. Hasil mesyuarat KLIK DI SINI.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan