Kementerian Pelajaran Malaysia kini sedang membuat pengemaskinian maklumat calon bagi urusan pemangkuan PPPS Gred DG44, DG48 dan DG52 di sekolah-sekolah Pusat Tingkatan 6 untuk fasa 2. Semua sekolah pusat T6 hendaklah mengemaskini maklumat calon dan memastikan maklumat tersebut lengkap, tepat dan benar. Maklumat-maklumat yang perlu disemak dan dikemaskini adalah seperti:
1. Nama pegawai mengikut kad pengenalan.
2. No Kad Pengenalan
3. Kelulusan, pengkhususan, universiti dan tahun.
4. Gelaran jawatan terkini yang sedang disandang.
5. Tempat bertugas.
6. Opsyen mata pelajaran.
7. Tarikh lahir dan umur pada 2010.
8. Tarikh lantikan DG41.
9. Tarikh sah DG41 bagi urusan ke DG44 @ tarikh naik pangkat DG44
bagi urusan ke Gred DG48 @ tarikh naik pangkat DG48 bagi urusan
ke gred DG52.
10. Tempoh pengalaman mengajar T6 sehingga 31.12.2009.
11. Mata pelajaran T6 yang diajar.
12. Tempoh mengajar T6 pada tahun 2009 dan 2010.
13. LPNT 2006, 2007, 2008.
14. Keputusan PTK yang paling awal lulus bersesuaian dengan gred.
15. Tarikh isytihar harta.
Semoga semua sekolah pusat T6 dapat menyegerakan maklumat yang dikehendaki.
Salam,
BalasPadamPertama sekali terima kasih kerana menghasilkan blog ini. Setelah puas mencari, akhirnya saya terjumpa juga maklumat fasa 2 tingkatan enam ini di blog tuan.
Saya berbesar hati sekiranya tuan dapat memberi sedikit maklumat tentang soalan saya ini;
1. Sekiranya seseorang guru itu terlepas peluang mengisi borang fasa 2 tingkatan 6, bolehkah guru tersebut mengisi borang fasa 2 pada bila-bila masa? Atau perlu menunggu iklan fasa 3?
2. Pentadbiran PKT6 sangat kabur ketika ini. Tidak ada sebarang garis panduan atau fail meja PKT6 setakat ini. Hal ini banyak menimbulkan masalah di sekolah kerana selalunya tugas PKT6 dan PK1, HEM atau PK Kokum bertindih. Bilakah fail meja atau garis panduan ini dikeluarkan?
3. Adakah geran (peruntukan)khas tingkatan 6 disediakan? Masa ini PKT6 terpaksa meminta wang peruntukan subjek daripada ketua-ketua bidang tingkatan 1-5. Wang yang ada itupun sangat sedikit kerana mengikut peruntukan setiap subjek.
4. Akhir sekali, adakah sistem modular akan dimulakan pada tahun 2011?
Terima kasih.
Elibin
Sabah.