Ahad, 28 Februari 2010

RAKAMAN PENGHARGAAN TAHNIAH DAN SYABAS

TAHNIAH, SYABAS dan TERIMA KASIH tidak terhingga kepada semua pengetua, guru-guru tingkatan 6 serta semua pelajar Pra-U tahun 2009 atas kejayaan cemerlang STPM. Saya selaku Pegawai yang menguruskan tingkatan 6 bagi negeri Terengganu secara peribadi merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga atas komitmen pengetua, guru-guru dan pelajar dalam menyumbangkan peningkatan prestasi STPM 2009 sama ada dari segi kualiti dan kuantiti. Semoga tahun 2010 komitmen yang sama diberikan dan dengan harapan agar STPM 2010 akan lebih cemerlang. Kerja gigih tuan-tuan dan puan-puan hanya Allah jua yang membalasnya. Sekali lagi tahniah dan syabas buat semua.

(HAMID BIN YAHYA)
Penolong Pengarah Pengurusan Tingkatan Enam,
Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

STPM 2009 TERENGGANU MEMBANGGAKAN

TAHNIAH dan SYABAS khasnya kepada semua Pengetua dan Guru Tingkatan 6. Keputusan STPM 2009 yang diumumkan pada hari Khamis (25 Februari 2010) cukup membanggakan kita bagi Negeri Terengganu. Secara keseluruhannya STPM 2009 telah menunjukkan PENINGKATAN dari segi KUALITI dan KUANTITI berbangding tahun 2008. Pencapaian keseluruhan telah menunjukkan peningkatan. Purata Nilai Gred Kumulatif(PNGK) 4.00 (4 Flat) telah menunjukkan peningkatan. Pencapaian calon 5 Prinsipal meningkat kepada 8.44% berbanding 6.34% pada tahun 2008. Sementara calon yang mendapat 4 Prinsipal juga meningkat kepada 42.16% berbanding 39.71% tahun 2008. Pencapaian Lulus Sebahagian juga meningkat kepada 3.64% berbanding 2.78% tahun 2008. Lebih membanggakan kita, PNGK 3.00 - 4.00 telah meningkat daraiapda 647 calon (22.80%, 2008 telah meningkat kepada 721 calaon (24.7%), tahun 2009.
Daripada 52 buah sekolah Pusat Tingkatan 6 yang menduduki STPM, sebanyak 13 buah sekolah telah mencapai keputusan 100% lulus penuh. Antara sekolah tersebut termasuklah:
1. SMKA Durian Guling, Marang (PNGK - 3.14)
2. SMK Tengku Ibrahim, Setiu (PNGK - 2.87)
3. SMKA Nurul Ittifaq, Besut (PNGK - 2.85)
4. SMK Putra, Besut (PNGK -2.76)
5. SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (PNGK - 2.70)
6. SMK Bukit Payong, Besut (PNGK - 2.68)
7. SMK Landas, Hulu Terengganu (PNGK - 2.56)
8. SMK Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu (PNGK - 2.53)
9. SMK Penarek, Setiu (PNGK - 2.50)
10. SMK Seri Nering, Besut (PNGK - 2.46)
11. SM Teknik Terengganu (PNGK - 2.30)
12. SMK Dato' Razali Ismail (PNGK - 2.21)
13. SMK Bukit Nenas (PNGK - 1.63)
Manakala calon-calon yang mendapat PNGK 4.00 ialah:
1. Hadwiyah binti Mohamad (5A) - SMK Tengku Lela Segara, Marang.
2. Noor Adillah binti Mohamad (4A1B) - SMK Tengku Ibrahim, Setiu.
3. Mohd Taufik bin Mohd Yin (4A1B) - SMKA Sheikh Abdul Malek, K.Terengganu.
4. Tuan Ederos bin Tuan Jalil (4A) - SMK Padang Midin, K. Terengganu.
5. Tan Chuan Hsin (4A) - SMK Chung Hwa Wei Sin, K. Terengganu.
6. Mohamad Hafiz bin Ahmad Zaidi (4A) - SMK Sultan Ahmad, K. Terengganu.
7. Fariza binti Abdul Halim (4A) - SMK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu.
8. Hoo Wei Chiann (4A) - SMK sultan Ismail, Kemaman.

Selasa, 2 Februari 2010

PENJELASAN TENTANG ISU-ISU TINGKATAN 6

1. Perlantikan guru T6 fasa 1 bagi perjawatan DG44, DG48 dan DG52 secara pemangkuan bermula 1.1.2008 berdasarkan senarai pemangkuan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Bagi guru-guru KUP DG44, mereka telah dihakikikan untuk jawatan T6 pada tarikh 16.4.2009 dan 16.11.2009. Untuk makluman, guru-guru ini tidak ada apa-apa kerugian kerana senioriti mereka tidak hilang.

3. Keutamaan perlantikan untuk fasa 1 antaranya termasuklah mesti mengajar T6 tahun 2007 dan 2008, pengalaman mengajar 5 tahun bagi guru-guru DG44(KUP), memenuhi opsyen yang telah ditetapkan dan merit prestasi.

4. Guru berjawatan Hakiki iaitu Guru Kanan Matapelajaran dan Guru-guru Penolong Kanan tidak boleh dilantik untuk jawatan guru T6 bagi jawatan setara kerana jawatan mereka sudah hakiki, tetapi jika jawatan tersebut lebih tinggi barulah mereka akan dilantik sebagai guru T6.

Diharapkan pihak pengurusan sekolah pusat T6 dan guru-guru T6 memahami penjelasan yang telah diberikan.