1. Perlantikan guru T6 fasa 1 bagi perjawatan DG44, DG48 dan DG52 secara pemangkuan bermula 1.1.2008 berdasarkan senarai pemangkuan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Bagi guru-guru KUP DG44, mereka telah dihakikikan untuk jawatan T6 pada tarikh 16.4.2009 dan 16.11.2009. Untuk makluman, guru-guru ini tidak ada apa-apa kerugian kerana senioriti mereka tidak hilang.
3. Keutamaan perlantikan untuk fasa 1 antaranya termasuklah mesti mengajar T6 tahun 2007 dan 2008, pengalaman mengajar 5 tahun bagi guru-guru DG44(KUP), memenuhi opsyen yang telah ditetapkan dan merit prestasi.
4. Guru berjawatan Hakiki iaitu Guru Kanan Matapelajaran dan Guru-guru Penolong Kanan tidak boleh dilantik untuk jawatan guru T6 bagi jawatan setara kerana jawatan mereka sudah hakiki, tetapi jika jawatan tersebut lebih tinggi barulah mereka akan dilantik sebagai guru T6.
Diharapkan pihak pengurusan sekolah pusat T6 dan guru-guru T6 memahami penjelasan yang telah diberikan.
Apakah staus guru DG41 yang mula mengajar T6 pada 2009/2010. Jika pengalaman mengajar 3 tahun (2007,2008,2009) adakah peluang dapat pemangkuan DG44?
BalasPadam