Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Negeri Terengganu.
Untuk makluman dan tindakan semua sekolah menengah dan sekolah rendah UJIAN PERMATApintar UKM1 Tahun 2012, boleh diambil dalam tempoh 3 bulan bermula 1 Feb 2012 dan berakhir 30 April 2012. Ujian ini terbuka kepada semua murid yang berumur tujuh (7) tahun hingga 15 tahun dan murid tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mengambil ujian ini. Tiada sekatan atau birokrasi untuk murid mengambil ujian sama ada di rumah, di sekolah atau di mana-mana sahaja.
Ujian UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web ukm1.permatapintar.edu.my. Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal. Ia dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian saringan pertama PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
(Sumber daripada: Portal Rasmi PERMATApintar Negara)