Sekalung tahniah dan syabas kepada semua pengetua dan guru besar sekolah berkenaan kerana telah menerima pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5. Lapan (8) buah sekolah di Terengganu daripada 48 buah sekolah seluruh Malaysia telah menerima pengiktirafan berkenaan.
1. SMK Mak Lagam,Kemaman (SKK Fasa 5)
2. SM Sains Kuala Terengganu (SKK Fasa 5)
3. SM Sains Integrasi Batu Rakit,Kuala Terengganu (SKK Fasa 5)
4. SM Atas Ugama Zainal Abidin,Kuala Terengganu (SKK Fasa 5)
5. Imtiaz,Kuala Terengganu (SKK Fasa 5)
6. SK Rantau Petronas,Kemaman (SKK Fasa 5)
7. SK Seri Berang ,Hulu Terengganu (SKK Fasa 5)
8. SK Dusun (SKM) ,Hulu Terengganu (SKK Fasa 5)
Rabu, 28 September 2011
Isnin, 12 September 2011
SELAMAT MENDUDUKI UPSR
Selamat menduduki UPSR tahun 2011 kepada semua calon UPSR khasnya bagi Negeri Terengganu. Kami akan sentiasa mendoakan kejayaan anda. Usaha dan penat lelah selama ini diharapkan dapat memberikan keputusan yang membanggakan semua pihak. Kepada pihak pengurusan sekolah dan guru-guru yang bertungkus lumus pagi petang siang malam mengembleng tenaga hanya Allah jua yang akan membalasnya. SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2011. Harapan kami agar anda semua berjaya masuk ke sekolah Elit, Premier, SBP, SMKA dan IMTIAZ. Doa kami mengiringi anda semua.
Isnin, 5 September 2011
Permohonan Secara Atas Talian (Online) Kemasukan Murid Ke Sekolah Berasrama Penuh bagi Tahun 2012
Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Ke Sekolah Berasrama Penuh bagi Tahun 2012 sedang dibuka mulai 1 SEPTEMBER 2011 HINGGA 15 OKTOBER 2011. Semua sekolah rendah dan menengah negeri Terengganu diharapkan dapat memulakan operasi berkenaan.
SEKOLAH MENENGAH SAINS SETIU DIBUKA
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah selesai membuat persiapan bagi memulakan pembelajaran di Sekolah Menengah Sains Setiu(SMSS). SMSS akan mula beroperasi dengan pendaftaran pertama murid tingkatan satu(1) mulai 18 September 2011 (Ahad) mulai pukul 9.00 pagi.
Langgan:
Ulasan (Atom)