Sabtu, 6 Ogos 2011

Syarat Pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh Kemasukan 2012

PERMOHONAN BAGI TINGKATAN SATU(1)
1. Kewarganegaraan: Murid mestilah warganegara Malaysia.
2. Jenis Sekolah: Murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) sahaja.
3. Syarat Kelayakan Akademik:
Murid mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011.
Walau bagaimanapun, syarat akademik berikut masih dipertimbangkan:
a. Murid dari sekolah pedalaman sekolah kurang murid (under enrolled) dan
keluarga berpendapatan rendah yang mendapat keputusan 4A dan 1B (Matematik
dan Sains mesti mendapat gred A),
b. Murid sekolah luar bandar atau pedalaman (termasuk sekolah di pulau-pulau)
dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang mendapat keputusan 3A dan 2B
(Matematik ATAU Sains mesti mendapat gred A) ke SBP di Sabah, Sarawak atau WP
Labuan.
3. Syarat Kelayakan Akademik:
Murid mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011.
Walau bagaimanapun, syarat akademik berikut masih dipertimbangkan:
a. Murid yang dikategorikan kebangsaan atau mencapai peringkat negeri atau
antarabangsa dalam sesuatu jenis sukan atau permainan yang mendapat keputusan
4A dan 1B
4. Murid aktif dalam kegiatan kokurikulum

PERMOHONAN BAGI TINGKATAN EMPAT(4)
1. Kewarganegaraan:
Murid mestilah warganegara Malaysia.
2. Jenis Sekolah:
Murid dari Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.
3. Memperoleh keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dengan pencapaian minimum seperti berikut :
i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred A bagi 6 mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga seperti Bahasa Arab, Perancis, Jerman, Iban , Jepun, Mandarin, Tamil atau seumpamanya;
ii. Mesti mendapat Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran yang lain; dan
iv. Untuk ke tingkatan empat Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama, calon mesti memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
4. Aktif dalam kokurikulum
 Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan