Sabtu, 31 Julai 2010

KARNIVAL PRAU KEBANGSAAN 2010

SYABAS Pahang kerana berjaya menganjurkan Karnival PraU Peringkat Kebangsaan buat julung-julung kalinya pada 5 hingga 8 Ogos 2010, di Cherating Bay, Kuantan, Pahang.

Perhargaan terima kasih tidak terhingga kepada 15 buah sekolah tingkatan 6 Terengganu yang telah menghantar peserta seramai 30 orang. Setiap sekolah telah menghantar dua orang peserta yang terdiri daripada seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan. Sekolah yang terlibat ialah SMK Tengku Mahmud, SMK Nasaruddin, SMK Renek (Besut), SMK Tengku Ibrahim (Setiu), SMK Bukit Tunggal, SMK Manir, SMK Panji Alam, SMK Sultan Ahmad (Kuala Terengganu), SMK Matang, SMK Kuala Telemong (Hulu Terengganu), SMK Tengku Lela Segara (Marang), SMK Sultan Ismail, SMK Chukai (Kemaman), SMK Paka dan SMK Tengku Intan Zaharah (Dungun).

Kepada guru pengiring dari SMK Bukit Tunggal, SMK Matang dan SMK Sultan Ismail, pihak jabatan mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen yang diberikan. Juga diucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah yang terlibat kerana memberikan kebenaran.

Semua peserta yang terlibat kongsikanlah ilmu yang diperoleh dengan rakan-rakan lain di sekolah.