Ahad, 20 Disember 2009

TAHNIAH, SYABAS BUAT SEMUA

TERENGGANU NO 1 LAGI UPSR 9 KALI BERTURUT-TURUT
Syabas, tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri, Pengarah Pelajaran Negeri, Semua Guru Besar, Semua Guru Sekolah Rendah, Semua murid UPSR 2009 dan semua pihak yang terlibat dalam mencipta kejayaan ini. Semoga kejayaan ini akan memberikan semangat yang lebih kental bagi menghadapi UPSR 2010. Marilah kita doakan agar kita menjuarai UPSR buat kali ke-10, tahun 2010. Insya-Allah.

Selasa, 1 Disember 2009

SEMINAR TINGKATAN 6 PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-2 TAHUN 2009


Subang Jaya - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Seminar Tingkatan 6 Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2, di Hotel Summit, USJ, Subang Jaya mulai 30 November hingga 3 Disember 2009. Para peserta terdiri daripada Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Pengetua, GPK T6 serta Guru Akademik Tingkatan 6 seluruh Malaysia. Sebanyak 22 kertas kerja akan dibentangkan pada seminar berkenaan.

Seminar kali ke-2 telah memilih tema, "Pengurusan dan Guru Berkualiti Serta Kompeten Membangun Insan Berkarisma". Tema ini dipilih berdasarkan hasrat KPM untuk memperkasakan Tingkatan 6 selari dengan usaha membangunkan modal insan minda kelas pertama sesuai dengan gagasan 1 Malaysia.

Selamat berseminar kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Tahniah dan syabas kepada semua JK Pelaksana dan Urus Setia kerana berusaha melaksanakan program seumpama ini.